RAMLAN A RAHMAN (JM0638372 K)
Perkhidmatan fotografi | Membekal peralatan fotografi & yang berkaitan dengannya
Hp : 013 7766593 - Ramlan A Rahman

Monday, August 10, 2009

Jamil & Emelia

Majlis Persandingan ini telah diadakan di Taman Sri Pulai, Skudai JB



Sakat menyakat Pengantin Lelaki . . . . biasa la orang Johor mesti mintak duit tol. Kalau pergi majlis kenduri yg tak de tol rasanya mcm tak lengkap je majlis tu. Tak tau la kan kalau kat negeri lain, sebab dari kecik sampai dah beranak pinak ni tu je la juadah mata kita di Johor ni. Sedikit sebanyak tambah meriah la majlis pengantin tu kan.


Sementara meng'edit' 3 gambar ni boleh duduk termenung sekejap depan PC. Bila tengok deretan kerusi putih ni teringat my husband cakap . . . kalau dulu2 photographer ambil gambar mesti gambar dia kena tegak & tersusun. Kena cari sesuatu yg tegak sebagai panduan seperti tiang pelamin ke, tangan @ kaki pengantin supaya gambar tu jadi tegak. Kalau tak tegak orang kata tak pandai ambil gambar. Kini zaman sudah berubah . . . berubah dgn sangat jauh bezanya. Ambik la cara mcm mana sekali pun orang masih boleh terima.



Yang tutup muka pengantin ni namanya Kak Lela, dia kalau jaga pengantin memang tahap pro belum pernah jumpa lagi dia duduk makan semeja dengan pengantin semasa Majlis Makan Beradap. Masa Fenda TV3 kahwin pun dia la juga yg layan pengantin, itu pun nampak kat tv je rancangan NONA.

Last jumpa Kak Lela masa arwah Indra meninggal kat bilik mayat HSA JB. Lama betul rasanya tak jumpa, Indra meninggal dunia July'06 . . . .Al-Fatihah buat arwah Indra ( make-up artist glamor semasa hayatnya ).
 

Indah Zapin Warisan Bangsa, Kemegahan Melayu Anak Johor,
Indahnya Budi Kerana Bahasa, Melayu Kita Telah Termahsyur.

Lagu Zapin Rentak Melayu, Warisan Dahulu Tinggalan Kini,
Biduan Berseni Biduan Dahulu, Karangan Indah Laman Murni.



Semoga berpanjangan jodoh kedua mempelai !




By: RnZ Photo JB   019 / 013 - 77 66 593

No comments:

Post a Comment