RAMLAN A RAHMAN (JM0638372 K)
Perkhidmatan fotografi | Membekal peralatan fotografi & yang berkaitan dengannya
Hp : 013 7766593 - Ramlan A Rahman

Monday, May 30, 2011

Izhar & Ena

IMG_8798
Majlis perkahwinan Izhar & Ena ... klik photo

Wednesday, May 18, 2011

Kamera Pertama Jepun

Kamera pertama 35mm rangefinder Jepun bermula apabila sebuah kedai di Tokyo “Precision Optical Instruments Laboratory” menghasilkan kamera prototaip yang dinamakan “Kwanon”. Ianya kemudian berkembang menjadi “Hansa Canon”. Ini adalah permulaan kepada pembuatan kamera Canon di Jepun yang telah melibatkan banyak perbincangan dan proses kesilapan. Satu langkah kecil tapi stabil.

Leica dan Contax – dua jenama besar untuk kamera 35mm dari Jerman yang paling canggih.

 “Leica Model II” diperkenalkan pada tahun 1932 diikuti dengan “Contax Model I” pada tahun 1933. Kamera yang menjadi kebanggaan Jerman, dianggap kamera kelas pertama yang memuaskan peminat kamera dan mendapat sokongan padu dari seluruh dunia.

Pada ketika itu, rata-rata lulusan universiti elit di jepun yang berkerja di bank dan pekerjaan terbaik menerima upah sekitar 70 yen sebulan sedangkan harga sebuah kamera Leica adalah 420 yen. Sesuatu yang dianggap “takane no hana” (jauh diluar jangkauan bagi orang-orang biasa).

Pada ketika itu juga, seorang lelaki Jepun berazam untuk membuat kamera domestik 35mm rangefinder dengan membongkar dan mempelajari cara kerja dari sebuah kamera Leica Model II. Orang ini ialah Goro Yoshida (1900 – 1993).

Yoshida lahir di Hiroshima dan datang ke Tokyo sebelum menamatkan pendidikan sekolah menengah dan menjadi pelatih di sebuah syarikat pembaikan dan pengubahsuaian kamera filem dan projektor.

Pada separuh kedua tahun 1920-an, ketika  Yoshidaberumur akhir 20-an, beliau sering berulang-alik ke Shanghai, China untuk mendapatkan alat ganti yang di perlukan untuk pekerjaannya.

Beliau berazam untuk mencitpa sebuah kamera 35mm rangefinder setelah bertemu dengan seorang peniaga dari Amerika, Roy E. Delay di Shanghai yang mengatakan kepadanya :-

“Mengapa kamu datang ke sini untuk membeli barang alat ganti kamera sedangkan negara kamu telah menghasilkan kapal perang dan pesawat pejuang yang baik?

Jika orang anda dapat menghasilkan kapal tempur yang baik seperti itu, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh membuat alat ganti sendiri”.

Secara zahirnya, Yoshida memang suka dengan  peralatan seperti mesin dan beliau telah terlibat dengan pembaikan kamera dan pengubahsuaian kamera filem dan projektor. Ia adalah dunia Yoshida dan itu yang menyebabkan beliau tertarik dengan pembuatan kamera.

Ketika ditanya tentang motif membongkar sebuah kamera Leica untuk menghasilkan kamera Jepun 35mm bermutu tinggi, Yoshida menjelaskan pada tahun kemudian :

“saya hanya membongkar kamera tanpa rencana yang khusus tetapi hanya untuk melihat mana-mana bahagian yang saya temui.
Tidak ada item khusus seperti berlian di dalam kamera. Bahagian-bahagian di buat daripada tembaga, aluminium, besi dan getah.
Saya terkejut apabila barangan murah di satukan ke dalam kamera, ia menuntut harga selangit. Ini membuat saya marah”.

Bersama saudara iparnya, Sadaro Uchida (1899-1982) dan seorang bawahannya Takeo Maeda (1909-1977), Yoshida mendirikan Precision Optical Instruments Laboratory untuk mengembangkan kamera 35mm pada November 1933.

Makmal terletak di sebuah apartmen tiga tingkat yang terletak di Roppongi, Azabu Ward (sekarang Minato Ward) di Tokyo. Yoshida bagaimanapun meninggalkan makmal pada musim gugur 1934 kerana pendekatan yang di ambil oleh makmal menghasilkan kamera tidak lagi konsisten dengan apa yang beliau ingin lakukan.

IMPIAN SEBUAH PROTOTAIP KAMERA “KWANON”


Kamera prototaip bernama “Kwanon” kerana Yoshidda percaya pada “Dewi Buddha Kwannon”. Logo kamera menggambarkan seribu lengan Dewi Kwannon dan lens juga dimanakan “Kasyapa” merujuk pada Mahakasyapa, seorang murid Sang Buddha.

Sebanyak tiga variasi kamera Kwanon muncul di iklan tetapi kesemua kamera hanyalah sebagai model ilustrasi atau kayu, bukan kamera sebenar. Dengan kata lain,Kwanon tidak pernah benar-benar berada di pasaran.

Walaupun Yoshida mengaku telah menyiapkan sepuluh kamera Kwanon, tidak ada yang benar-benar telah telah dilihat salah satu daripadanya.

Ada kamera yang disebut “Kwanon Model D”, ditemui di Osaka sekitar 1955, bagaimanapun itu adalah salinan “Leica Model II” dan tidak dibuat oleh Yoshida. Pengeluar “Kwanon Model D” Masih lagi misteri.

Namun demikian , pembuatan kamera 35mm pertama dan menjadi kebanggaan Jepun terhasil dari mimpi seorang jurutera Jepun yang tidak mahu menuruti di belakang Jerman atau negara Barat yang lain.

Pelepasan "Hansa Canon (Model Standard)," Kamera Canon Pertama.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan terhadap kamera Kwanon, Precision Optical Instruments Laboratory masih belum berjaya menghasilkan lensa dan pengukur jarak yang baik, salah satu komponen penting dalam kamera.

Setelah diadakan mesyuarat, makmal memutuskan untuk mendapat kerjasama dari Nippon Kogaku Kogyo (Japan Optical Industries, Inc, sekarang dinamakan Nikon Corporation) untuk menggunakan lensa keluaran mereka.

Nippon Kogaku pada ketika itu memang telah sedia kukuh sebagai pengeluar peralatan optik terbesar di Jepun dengan siistem pengilangan yang maju yang khusus pada peralatan tentera.

Kerana saudara Saburo Uchida, Ryonosuke Uchida pernah menjadi Auditor di Nippon Kogaku, Saburo Uchida diperkenalkan kepada Toyotaro Hori, naib presiden eksekutif dan penasihat di Nippon Kogaku.

Setiap hari dibawah polisi Nippon Kogaku untuk memasuki pasaran awam, Hori bertugas mempelajari produk bukan tentera. Beliau tertarik dengan perlaksanaan kanta bermutu tinggi untuk kegunaan awam.

Permhonan Precision Optical Instruments Laboratory untuk bekerjasama dengan Nipon Kogaku sangat sangat tepat pada waktunya.

Kedua belah pihak akan mendapat mamafaat daripada kerjasama yang bakal dilakukan itu lalu mengadakan perjanjian untuk membangunkan kamera “Hansa Canon (Standard Model dengan Lensa Nikkor 50mm f/3.5)” dengan sokongan penuh dari Nippon Kogaku.

Kamera Canon pertama di bawah pembangunan bersama ini diperkenalkan pada Febuari 1936(beberapa sumber lain mengatakan tarikh sebenarnya ialah Oktober 1935).

Dalam pembuatan “Hansa Canon”, Nippon Kogaku bertanggung jawab terhadap lensa, pengukur jarak dan sistem penilik manakala Precision Optical Instruments Laboratory bertanggung jawab terhadap badan utama, ruang pengintai dan seterusnya pemasangan badan kamera.

Nama “Kwanon” kemudiannya ditukar kepada “Canon”, tanda dagangan baru Precision Industries juga sebagai motto syarikat.

Ketika “Hansa canon” dikeluarkan, nama Precision Optical Instruments Laboratory tidak disertakan  sekali kerana pada waktu itu syarikat tidak memiliki saluran penjualan maka perjanjian telah dilakukan untuk jualan  eksklusif dan tanda cap dagang Omiya Shashin Yohin Co, Ltd (Kedai Kamera  dan Aksesori Omiya).

Hansa adalah cap dagangan Omiya yang berasal dari perjanjian antara kesatuan perdagangan Eropah pada abad pertengahan.

Pada jun 1936, Precision Optical Instruments Laboratory berpindah ke Meguro Ward dan menukar nama syarikat kepada “Japan Precision Optical Instruments Laboratory” untuk mencerminkan suasana nasionalisme yang berlaku di seluruh Jepun ketika itu.

“Japan Precision Optical Instruments Laboratory” buat pertama kalinya muncul di media dalam iklan untuk “Hansa Canon” dalam majalah Kamera Asahi edisi Ogos 1936.


Artikel dari “Hansa Canon” yang di petik dari majalah Kamera Asahi edisi 1935.

“Kamera Hansa Canon.... Canon adalah jelmaan Leica buatan Jepun walawpun terdapat beberpa pengaruh Contax, sebahagian daripada ciri-cirinya adalah daripada model Leica.

Ukuran kamera ini adalah 13.5cm x 6.8cm x 4.5cm dan berat sekitar 650gm. Ia menggunakan ruang filem khas dan lensa Nikkor 50mm f/3.5 keluaran Nippon Kogaku yang boleh ditanggalkan. Tetingkap penilik empat segi yang direka untuk naik keatas apabila menekan butang di belakangnya. Dibekalkan paha harga 275 yen”.

Walaupun beberapa industri kamera menyebut “Hansa Canon” adalah jelmaan dari Leica buatan Jepun, tidak ada persoalan terhadap kamera yang mewakili kamera pertama 35mm berkualiti tinggi buatan Jepun ini.

Meskipun ia adalah pruduk dari pengilang yang namanya belum terkenal, namun ia memberi harapan dan menarik minat dari dalam dan luar industri kamera.

Thursday, May 5, 2011

Muhammad Ammar Mursyid

Digital Single Lens Reflex (DSLR)

Kamera DSLR sangat popular masa kini dan banyak terdapat dipasaran dari pelbagai jenama dan mampu dimiliki oleh semua orang. Seperti telah diperkatakan sebelum ini, anda tidak semestinya mempunyai peralatan fotografi yang mahal untuk menghasilkan gambar yang baik. Sebaliknya, gambar yang baik juga boleh dihasilkan dengan sebuah kamera yang sederhana harganya. Apa yang penting ialah daya kreativiti kita untuk menghasilkan imej fotografi yang baik.

Terdapat beberapa jenis format yang digunakan oleh kamera DSLR yang berada dipasaran. Di antaranya adalah APS-C, APS-H, Micro Four Third, Full Frame 35mm dan 3cm X 4.5cm.

Kamera  yang sangat popular kebanyakannya adalah yang menggunakan format APS-C yang biasa digunakan oleh kamera dari jenama seperti Nikon, Canon, Pentax, Sony dan Fujifilm. Format saiz ini mempunyai ukuran ratio 3:2.
Pandangan dari Viewfinder kamera jenis ini adalah 1.5 kali ganda berbanding saiz  filem penuh 35mm. 
Pandangan dari Viewfinder kamera jenama Canon yang menggunakan format ini adalah 1.6 kali ganda berbanding saiz filem penuh 35mm.

Kamera yang menggunakan format APS-H  kebiasaannya agak mahal berbanding kamera yang menggunakan format APS-C kerana saiz processor yang lebih besar. Pandangan Viewfinder dari kamera jenis ini adalah 1.3 kali ganda berbanding saiz filem penuh 35mm.
Antara kamera yang menggunakan format ini adalah dari jenama Canon siri EOS-1D dan Leica R9 dengan digital back.

Kamera Olympus dan Panasonic menggunakan processor format Micro Four Third dan ia mempunyai ukuran ratio 4:3. Pandangan dari Viewfinder kamera jenis ini adalah 2 kali ganda berbanding saiz ukuran penuh filem 35mm.

Format yang lebih besar adalah yang mempunyai ukuran penuh filem 35mm(Full Frame). Kamera yang menggunakan format ini biasa digunakan oleh jurugambar profesional untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Pandangan dari Viewfinder dari kamera jenis ini adalah sama dengan saiz filem penuh 35mm.
Antara kamera yang menggunakan format ini ialah Nikon D3, Nikon D700, Canon EOS 1DS, Canon EOS 5D dan beberapa jenama lagi. Kamera dari jenis ini memang agak mahal harganya dan biasa digunakan oleh jurugambar profesional yang benar-benar sirius dalam bidang fotografi.
Satu lagi format yang digunakan yang lebih besar iaitu 3cm X 4.5cm. Kamera ini mempunyai processor CCD yang saiznya 56% lebih besar daripada saiz filem penuh 35mm. Kamera ini biasa digunakan untuk mengambil gambar untuk iklan-iklan produk berjenama antarabangsa.

Walau bagaimanapun, terpulang pada kebijaksanaan seseorang jurufoto untuk memilih jenis kamera mana yang hendak  digunakan bergantung kepada keupayaan kamera dan nilai jualan daripada gambar atau produk yang dapat dihasilkan dengan kamera tersebut.


Oleh : Ramlan Hj A.Rahman




Wednesday, May 4, 2011

FOTOGRAFI

FOTOGRAFI merupakan satu bidang yang menggabungkan teknologi,  teori dan amali serta kreativiti seseorang untuk menghasilkan imej-imej yang menarik dan bermutu tinggi.

Walaupun bidang ini boleh di kategorikan sebagai hobi, ianya juga boleh memberi sumbangan yang amat bernilai sebagai pendapatan tambahan mahupun sepenuh masa.

Di negara kita, fotografi merupakan satu hobi popular yang kian berkembang seiring dengan kemajuan teknologi masa kini. Fotorafi Digital telah banyak merubah trend semasa yang menjadikannya daripada hobi kepada sebuah perniagaan yang menguntungkan sama ada yang melakukannya secara separuh masa atau sepenuh masa.

‘Untuk mengetahui dan mengenali kamera, anda perlu menggunakannya selalu…’. Begitulah antara kata-kata yang selalu digunakan oleh jurufoto kepada mereka yang baru mendampingi kamera.

Apakah itu kamera? 

Kamera pada asalnya merupakan sejenis alat berupa ‘kotak’ yang mempunyai lensa dihadapannya dan filem didalamnya yang digunakan untuk merakamkan imej yang berada dihadapan dengan cara menghalakannya ke arah imej yang hendak dirakam.

Kebanyakan kamera sekarang sudah tiidak lagi menggunakan filem dan telah menggantikannya dengan Digital Processor dari jenis CCD atau CMOS mengikut keperluan format dan jenama masing-masing.

Bagaimanakah kamera boleh merakam imej? 

Cahaya dari imej dihadapan kamera akan masuk kedalam kamera melalui lensa yang dikawal oleh ‘Apertur’ untuk mendedahkannya ke filem atau Digital Processor yang telah ditetapkan tahap ‘ISO’ mengikut jangkamasa tertentu atau kelajuan ‘Shutter’.

Sekiranya anda sering menggunakan kamera, anda akan memahami tindak balasnya dalam sesuatu situasi serta akan cuba berusaha untuk mengatasi sesuatu kesilapan. Apa yang penting dalam menyampaikan mesej melalui fotogrrafi serta menghasilkan imej-imej yang menarik ialah pemilihan subjek serta sudut penggambaran dan komposisinya.


Oleh : Ramlan Hj A.Rahman


SEJARAH AWAL FOTOGRAFI

Perkataan fotografi berasal dari perkataan Greek iaitu photos bermaksud cahaya dan graphein yang bermaksud melukis.

Sir John Herschel

Istilah ini diperkenalkan oleh Sir John Herscel(1839) bagi menggantikan istilah Holografi oleh Joseph Nicephore Niepce yang amat cenderung dalam litografi.

Joseph Nicephore Niepce

Niepce bersama rakannya Louis-Jacques Mande Daguerre seorang pelukis Perancis sebelumnya telah mencipta kamera obskura di Perancis dari tahun 1820-30. Proses fotografi ini dinamakan proses Daguerreotype.

Louis-Jacques Mande Daguerre

Proses ini menggunakan beberapa jenis bahan kimia yang memakan masa yang lama untuk diperolehi hasilnya. Proses ini dilakukan dengan mendedahkan kepingan ttembaga yang disaluti perak.

Jenis Daguerro berjaya dihasilkan pada 7 januari 1839. Cara ini sangat popular pada ketika itu kerana dapat menggantikan lukisan-lukisan potret yang sangat popular pada ketika itu.

William Henry Fox Talbot

Pada tahun yang sama juga iaitu 31 januari 1839, seorang Inggeris bernama Willian Henry Fox Talbot berjaya mencipta hasil yang menjadi asas dalam fotografi iaitu penemuan proses positif dan nagetif yang dinamakan proses Calotype. Sehinggalah pada tahun 1851, Fredrick Scott Archer memperbaiki kaedah ini dengan mencipta Collodion untuk disapu keatas kaca dan disalutkan dengan bahan yang sensitif pada cahaya. Ciptaannya menjadikan fotografi semakin mudah dan popular.


Fredrick Scott Archer

James Clerk Maxwell

George Eastman

Sepuluh tahun kemudian, James Clerk Maxwell memperkenalkan asas fotografi warna di Royal Institution, London sehinggalah pada tahun 1888 apabila George Easmant dari Amerika memperkenalkan kamera tangan Kodak, fotografi menjadi semakin popular dan semakin pesat berkembang.


Oleh : Ramlan Hj A.Rahman

Sunday, May 1, 2011