Kamera DSLR sangat popular masa kini dan banyak terdapat dipasaran dari pelbagai jenama dan mampu dimiliki oleh semua orang. Seperti telah diperkatakan sebelum ini, anda tidak semestinya mempunyai peralatan fotografi yang mahal untuk menghasilkan gambar yang baik. Sebaliknya, gambar yang baik juga boleh dihasilkan dengan sebuah kamera yang sederhana harganya. Apa yang penting ialah daya kreativiti kita untuk menghasilkan imej fotografi yang baik.

Kamera yang sangat popular kebanyakannya adalah yang menggunakan format APS-C yang biasa digunakan oleh kamera dari jenama seperti Nikon, Canon, Pentax, Sony dan Fujifilm. Format saiz ini mempunyai ukuran ratio 3:2.
Pandangan dari Viewfinder kamera jenis ini adalah 1.5 kali ganda berbanding saiz filem penuh 35mm.
Pandangan dari Viewfinder kamera jenama Canon yang menggunakan format ini adalah 1.6 kali ganda berbanding saiz filem penuh 35mm.

Antara kamera yang menggunakan format ini adalah dari jenama Canon siri EOS-1D dan Leica R9 dengan digital back.
Kamera Olympus dan Panasonic menggunakan processor format Micro Four Third dan ia mempunyai ukuran ratio 4:3. Pandangan dari Viewfinder kamera jenis ini adalah 2 kali ganda berbanding saiz ukuran penuh filem 35mm.

Antara kamera yang menggunakan format ini ialah Nikon D3, Nikon D700, Canon EOS 1DS, Canon EOS 5D dan beberapa jenama lagi. Kamera dari jenis ini memang agak mahal harganya dan biasa digunakan oleh jurugambar profesional yang benar-benar sirius dalam bidang fotografi.

Walau bagaimanapun, terpulang pada kebijaksanaan seseorang jurufoto untuk memilih jenis kamera mana yang hendak digunakan bergantung kepada keupayaan kamera dan nilai jualan daripada gambar atau produk yang dapat dihasilkan dengan kamera tersebut.
Oleh : Ramlan Hj A.Rahman
No comments:
Post a Comment