RAMLAN A RAHMAN (JM0638372 K)
Perkhidmatan fotografi | Membekal peralatan fotografi & yang berkaitan dengannya
Hp : 013 7766593 - Ramlan A Rahman

Wednesday, May 18, 2011

Kamera Pertama Jepun

Kamera pertama 35mm rangefinder Jepun bermula apabila sebuah kedai di Tokyo “Precision Optical Instruments Laboratory” menghasilkan kamera prototaip yang dinamakan “Kwanon”. Ianya kemudian berkembang menjadi “Hansa Canon”. Ini adalah permulaan kepada pembuatan kamera Canon di Jepun yang telah melibatkan banyak perbincangan dan proses kesilapan. Satu langkah kecil tapi stabil.

Leica dan Contax – dua jenama besar untuk kamera 35mm dari Jerman yang paling canggih.

 “Leica Model II” diperkenalkan pada tahun 1932 diikuti dengan “Contax Model I” pada tahun 1933. Kamera yang menjadi kebanggaan Jerman, dianggap kamera kelas pertama yang memuaskan peminat kamera dan mendapat sokongan padu dari seluruh dunia.

Pada ketika itu, rata-rata lulusan universiti elit di jepun yang berkerja di bank dan pekerjaan terbaik menerima upah sekitar 70 yen sebulan sedangkan harga sebuah kamera Leica adalah 420 yen. Sesuatu yang dianggap “takane no hana” (jauh diluar jangkauan bagi orang-orang biasa).

Pada ketika itu juga, seorang lelaki Jepun berazam untuk membuat kamera domestik 35mm rangefinder dengan membongkar dan mempelajari cara kerja dari sebuah kamera Leica Model II. Orang ini ialah Goro Yoshida (1900 – 1993).

Yoshida lahir di Hiroshima dan datang ke Tokyo sebelum menamatkan pendidikan sekolah menengah dan menjadi pelatih di sebuah syarikat pembaikan dan pengubahsuaian kamera filem dan projektor.

Pada separuh kedua tahun 1920-an, ketika  Yoshidaberumur akhir 20-an, beliau sering berulang-alik ke Shanghai, China untuk mendapatkan alat ganti yang di perlukan untuk pekerjaannya.

Beliau berazam untuk mencitpa sebuah kamera 35mm rangefinder setelah bertemu dengan seorang peniaga dari Amerika, Roy E. Delay di Shanghai yang mengatakan kepadanya :-

“Mengapa kamu datang ke sini untuk membeli barang alat ganti kamera sedangkan negara kamu telah menghasilkan kapal perang dan pesawat pejuang yang baik?

Jika orang anda dapat menghasilkan kapal tempur yang baik seperti itu, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh membuat alat ganti sendiri”.

Secara zahirnya, Yoshida memang suka dengan  peralatan seperti mesin dan beliau telah terlibat dengan pembaikan kamera dan pengubahsuaian kamera filem dan projektor. Ia adalah dunia Yoshida dan itu yang menyebabkan beliau tertarik dengan pembuatan kamera.

Ketika ditanya tentang motif membongkar sebuah kamera Leica untuk menghasilkan kamera Jepun 35mm bermutu tinggi, Yoshida menjelaskan pada tahun kemudian :

“saya hanya membongkar kamera tanpa rencana yang khusus tetapi hanya untuk melihat mana-mana bahagian yang saya temui.
Tidak ada item khusus seperti berlian di dalam kamera. Bahagian-bahagian di buat daripada tembaga, aluminium, besi dan getah.
Saya terkejut apabila barangan murah di satukan ke dalam kamera, ia menuntut harga selangit. Ini membuat saya marah”.

Bersama saudara iparnya, Sadaro Uchida (1899-1982) dan seorang bawahannya Takeo Maeda (1909-1977), Yoshida mendirikan Precision Optical Instruments Laboratory untuk mengembangkan kamera 35mm pada November 1933.

Makmal terletak di sebuah apartmen tiga tingkat yang terletak di Roppongi, Azabu Ward (sekarang Minato Ward) di Tokyo. Yoshida bagaimanapun meninggalkan makmal pada musim gugur 1934 kerana pendekatan yang di ambil oleh makmal menghasilkan kamera tidak lagi konsisten dengan apa yang beliau ingin lakukan.

IMPIAN SEBUAH PROTOTAIP KAMERA “KWANON”


Kamera prototaip bernama “Kwanon” kerana Yoshidda percaya pada “Dewi Buddha Kwannon”. Logo kamera menggambarkan seribu lengan Dewi Kwannon dan lens juga dimanakan “Kasyapa” merujuk pada Mahakasyapa, seorang murid Sang Buddha.

Sebanyak tiga variasi kamera Kwanon muncul di iklan tetapi kesemua kamera hanyalah sebagai model ilustrasi atau kayu, bukan kamera sebenar. Dengan kata lain,Kwanon tidak pernah benar-benar berada di pasaran.

Walaupun Yoshida mengaku telah menyiapkan sepuluh kamera Kwanon, tidak ada yang benar-benar telah telah dilihat salah satu daripadanya.

Ada kamera yang disebut “Kwanon Model D”, ditemui di Osaka sekitar 1955, bagaimanapun itu adalah salinan “Leica Model II” dan tidak dibuat oleh Yoshida. Pengeluar “Kwanon Model D” Masih lagi misteri.

Namun demikian , pembuatan kamera 35mm pertama dan menjadi kebanggaan Jepun terhasil dari mimpi seorang jurutera Jepun yang tidak mahu menuruti di belakang Jerman atau negara Barat yang lain.

Pelepasan "Hansa Canon (Model Standard)," Kamera Canon Pertama.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan terhadap kamera Kwanon, Precision Optical Instruments Laboratory masih belum berjaya menghasilkan lensa dan pengukur jarak yang baik, salah satu komponen penting dalam kamera.

Setelah diadakan mesyuarat, makmal memutuskan untuk mendapat kerjasama dari Nippon Kogaku Kogyo (Japan Optical Industries, Inc, sekarang dinamakan Nikon Corporation) untuk menggunakan lensa keluaran mereka.

Nippon Kogaku pada ketika itu memang telah sedia kukuh sebagai pengeluar peralatan optik terbesar di Jepun dengan siistem pengilangan yang maju yang khusus pada peralatan tentera.

Kerana saudara Saburo Uchida, Ryonosuke Uchida pernah menjadi Auditor di Nippon Kogaku, Saburo Uchida diperkenalkan kepada Toyotaro Hori, naib presiden eksekutif dan penasihat di Nippon Kogaku.

Setiap hari dibawah polisi Nippon Kogaku untuk memasuki pasaran awam, Hori bertugas mempelajari produk bukan tentera. Beliau tertarik dengan perlaksanaan kanta bermutu tinggi untuk kegunaan awam.

Permhonan Precision Optical Instruments Laboratory untuk bekerjasama dengan Nipon Kogaku sangat sangat tepat pada waktunya.

Kedua belah pihak akan mendapat mamafaat daripada kerjasama yang bakal dilakukan itu lalu mengadakan perjanjian untuk membangunkan kamera “Hansa Canon (Standard Model dengan Lensa Nikkor 50mm f/3.5)” dengan sokongan penuh dari Nippon Kogaku.

Kamera Canon pertama di bawah pembangunan bersama ini diperkenalkan pada Febuari 1936(beberapa sumber lain mengatakan tarikh sebenarnya ialah Oktober 1935).

Dalam pembuatan “Hansa Canon”, Nippon Kogaku bertanggung jawab terhadap lensa, pengukur jarak dan sistem penilik manakala Precision Optical Instruments Laboratory bertanggung jawab terhadap badan utama, ruang pengintai dan seterusnya pemasangan badan kamera.

Nama “Kwanon” kemudiannya ditukar kepada “Canon”, tanda dagangan baru Precision Industries juga sebagai motto syarikat.

Ketika “Hansa canon” dikeluarkan, nama Precision Optical Instruments Laboratory tidak disertakan  sekali kerana pada waktu itu syarikat tidak memiliki saluran penjualan maka perjanjian telah dilakukan untuk jualan  eksklusif dan tanda cap dagang Omiya Shashin Yohin Co, Ltd (Kedai Kamera  dan Aksesori Omiya).

Hansa adalah cap dagangan Omiya yang berasal dari perjanjian antara kesatuan perdagangan Eropah pada abad pertengahan.

Pada jun 1936, Precision Optical Instruments Laboratory berpindah ke Meguro Ward dan menukar nama syarikat kepada “Japan Precision Optical Instruments Laboratory” untuk mencerminkan suasana nasionalisme yang berlaku di seluruh Jepun ketika itu.

“Japan Precision Optical Instruments Laboratory” buat pertama kalinya muncul di media dalam iklan untuk “Hansa Canon” dalam majalah Kamera Asahi edisi Ogos 1936.


Artikel dari “Hansa Canon” yang di petik dari majalah Kamera Asahi edisi 1935.

“Kamera Hansa Canon.... Canon adalah jelmaan Leica buatan Jepun walawpun terdapat beberpa pengaruh Contax, sebahagian daripada ciri-cirinya adalah daripada model Leica.

Ukuran kamera ini adalah 13.5cm x 6.8cm x 4.5cm dan berat sekitar 650gm. Ia menggunakan ruang filem khas dan lensa Nikkor 50mm f/3.5 keluaran Nippon Kogaku yang boleh ditanggalkan. Tetingkap penilik empat segi yang direka untuk naik keatas apabila menekan butang di belakangnya. Dibekalkan paha harga 275 yen”.

Walaupun beberapa industri kamera menyebut “Hansa Canon” adalah jelmaan dari Leica buatan Jepun, tidak ada persoalan terhadap kamera yang mewakili kamera pertama 35mm berkualiti tinggi buatan Jepun ini.

Meskipun ia adalah pruduk dari pengilang yang namanya belum terkenal, namun ia memberi harapan dan menarik minat dari dalam dan luar industri kamera.

1 comment:

ouled kenitra said...

dah pindah rumah rupanya.

ralit juga membaca sejarah kamera di jepun. hebatnya org jepun mereka bukan sekadar meniru bahkan menghasilkan yg lebih baik lagi

Post a Comment